Baru-baru ini UMNO Bahagian Padang Serai bersama UMNO Cawangan Kg Bagan Sena telah mengadakan Program Mesra Rakyat. Pada sebelah pagi Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, En. Abd Rahman Bin Mahammud bersama Pemuda UMNO Cawangan Kg Bagan Sena dan Pemuda UMNO cawangan-cawangan sekitar turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, En Mohd Bakhri Bin Hashim dan AJK UMNO Bahagian Padang Serai telah mengelilingi Kg Bagan Sena dan Kg KEDA Bagan Sena menghulurkan sumbangan kepada penduduk-penduduk yang sakit dan warga emas. Program serupa ini kerap dilakukan oleh UMNO Bahagian Padang Serai untuk membantu meringankan beban pesakit-pesakit yang terlantar di rumah serta warga emas.Majlis tersebut diteruskan dengan menyampaikan kunci rumah kepada peserta Program Bina Rumah, En Abu Seman Bin Harun. Seterusnya penyampaian cek-cek kepada usahawan TEKUN seramai 32 orang dan juga bantuan pertanian daripada MPPP kepada peserta-pserta yang memerlukan.Seterusnya penyampaian sumbangan kepada warga emas seramai 20 orang. Masyarakat setempat dan tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari berupa masakan tradisional kampong.Warga emas yang menerima sumbangan amat berterima kasih kepada UMNO yang amat perihatin dengan masalah mereka.